PSGB Negeri Melaka sedang membuka sesi pendaftaran ahli baru untuk tahun 2022. Jika anda berminat, sila klik disini. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi jawatankuasa pendaftaran.
Bismillahirrahmanirrahim… Berkat doa, kesabaran, kejujuran, semangat setiakawan dan niat untuk meneruskan legasi Allahyarham Dato’ Meor Abdul Rahman (“ADMAR”), Pertubuhan Gayong Amerika Malaysia (USGF Malaysia) semakin memperkukuhkan kewujudannya. Semangat untuk memartabatkan Silat Seni Gayong di mata dunia telah memangkinkan kelahiran USGF Malaysia Kebangsaan (Pusat) serta 5 cawangan yang telah berjaya didaftarkan di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (“ROS”) iaitu Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak. Bertitik tolak dari pengalaman pahit manis mempekenalkan budaya Melayu di perantauan serta perkembangan USGF Malaysia di peringkat negeri-negeri yang semakin pantas, maka, keperluan penjenamaan semula (“re-branding’ exercise) untuk menjadikan Pertubuhan ini lebih ‘Malaysia’ dan ‘Melayu’ harus dilakukan. Ini ‘bak sirih pulang ke ganggang’ memandangkan Silat Seni Gayong ini asal tapaknya di Tanah Melayu hasil warisan jiwa dan raga daripada Mahaguru ADMAR, maka, rohnya...
Comments
Post a Comment